Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Aqidah,

Telinga berdengung tanda Rasulullah rindu, benarkah begitu?

by Fatin Fatihah HussinJanuary 13, 2023
2
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
GAMBAR PORTAL FB (45)
BENARKAH apa yang disebutkan oleh sesetengah masyarakat apabila telinga berdengung tanda Nabi SAW rindu? - Foto: Canva

SERINGKALI dikaitkan apabila telinga terasa berdengung, itu petanda Rasulullah rindu dan disarankan untuk berselawat. Benarkah apa yang dinyatakan itu sehingga menjadi buah mulut masyarakat pada hari ini.

Merujuk laman sesawang Mufti Wilayah, Irsyad Al-Hadith Siri Ke-459: Telinga Berdengung Tanda Nabi Saw Rindu Kepadanya, menjelaskan hadis yang merungkai mengenai telinga berdengung dikatakan ia adalah palsu.

Hadis tersebut berbunyi, dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda “Apabila telinga kamu berdengung, hendaklah dia ingat kepadaku dan berselawat ke atasku dengan berkata: “Semoga ALLAH akan mengingatkan yang mengingatku dengan kebaikan.”

Hadis atau riwayat di atas, diriwayatkan oleh Imam al-Thabarani di dalam al-Mu’jam al-Awsath, al-Mu’jam al-Saghir dan juga di dalam al-Mu’jam al-Kabir. Tambahan pula, ia turut diriwayatkan oleh Imam Ibn al-Sunni di dalam kitabnya ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah.

IKLAN

HADIS mengenai telinga berdengung tanda rindu Rasulullah adalah palsu. – Foto: Canva

Daripada riwayat di atas, Mufti Wilayah menukilkan beberapa pandangan ulama dalam menentukan atau menilai status hadis ini:

1. Imam Ibn al-Jauzi menilai hadis ini adalah palsu.

2. Imam al-Sakhawi mengatakan sanad hadis ini adalah dhaif. Bahkan, al-‘Uqailiy menilai hadis ini tidak mempunyai asal baginya.

3. Imam al-Fattani menghukum hadis ini sebagai palsu dan beliau menukilkan pandangan al-Sakhawi dan juga al-‘Uqailiy.

IKLAN

4. Syeikh Mir’i bin Yusuf al-Maqdisi meniali hadis ini sebagai palsu.

RUJUKLAH kepada yang mahir dahulu sebelum mengemukakan apa-apa jua kenyataan terutama apabila ia melibatkan hadis. – Foto: Canva

Berdasarkan pandangan-pandangan ulama di atas, Mufti Wilayah cenderung mengatakan bahawa hadis di atas adalah tidak sahih dan haram ke atas kita untuk meriwayatkan atau menyebarkannya melainkan untuk menyatakan akan kepalsuannya.

IKLAN

BACA JUGA Lima hadis popular ini rupanya hadis palsu

“Hal ini termasuk di dalam kewajipan kita untuk memelihara Rasulullah SAW daripada sebarang pendustaan yang disandarkan kepada Baginda SAW.

“Tambahan pula, mengenalpasti akan kesahihan status sebuah hadis adalah penting kerana Nabi SAW telah mengancam terhadap orang-orang yang melakukan pendustaan terhadapnya dan juga kalamnya (hadisnya).

“Sebagaimana sabda Nabi SAW: “Sesiapa yang menyampaikan daripadaku sesuatu hadis yang pada sangkaannya adalah dusta maka dia adalah termasuk dalam kalangan pendusta” (Lihat: Muqaddimah Sahih Muslim), jelas Mufti Wilayah di artikel berkenaan.

Ikuti kami di Tiktok, Instagram, Facebook, Twitter dan Youtube Sinar Islam Plus

IKLAN
Previous

Garis halus antara judi dan cabutan bertuah, fahami penjelasan dari sudut syarak

January 13, 2023
Next

Dizalimi dan dipenjarakan, lima ulama ini terus bertahan demi Islam

January 13, 2023

Related posts

denis-degioanni-9wH624ALFQA-unsplash
Aqidah,

Hibanya Nabi Musa tatkala bertemu Rasulullah SAW pada malam Israk dan Mikraj, ini sebabnya

by Sarrah MohsinFebruary 1, 2023
Aminah
Aqidah,

Aminah mengandungkan Nabi Muhammad SAW pada bulan Rejab, tahu dirinya hamil menerusi mimpi

by Nurulfatiha MuahFebruary 1, 2023
GAMBAR PORTAL FB - 2023-01-31T182343.169
Aqidah,

“Mengapa nasib malang masih menimpa walaupun sudah menjaga amalan baik?” – kata hati yang berputus asa dengan rahmat ALLAH

by Fatin Fatihah HussinJanuary 31, 2023
syurga neraka
Aqidah,

Siapa sangka syurga dan neraka mampu mendoakan kita

by Sarrah MohsinJanuary 30, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.