Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
    • POV Podcast
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
    • POV Podcast
  • Aqidah
Aqidah,

Teladani sirah bonda Nabi Musa AS yang tawakal sepenuh jiwa kepada ALLAH SWT meskipun anaknya diancam bunuh

by Sarrah MohsinMay 15, 2023
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Ibu Nabi Musa
ANTARA tokoh ibu hebat dalam sejarah Islam yang jarang didendangkan adalah kisah ibu Nabi Musa AS. Foto: Pexels

Teladani sirah bonda Nabi Musa AS yang tawakal sepenuh jiwa kepada ALLAH SWT meskipun anaknya diancam bunuh

BERBICARA tentang Hari Ibu yang jatuh pada 14 Mei semalam, dalam sejarah Islam sendiri, ada begitu banyak wanita hebat yang berjaya memperjuangkan syiar ALLAH di luar tanpa mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu di rumah.

Kisah-kisah para penghulu wanita ahli syurga seperti Maryam binti Imran, Khadijah binti Khuwailid serta Fatimah binti Muhammad Rasulullah SAW pula menjadi ibrah membuktikan kaum Hawa memiliki kelebihan tersendiri meskipun tidak serupa dengan golongan Adam.

Namun, di sebalik tokoh-tokoh Muslimah yang biasa didengari, ada seorang ibu yang jarang didendangkan walaupun kisahnya pernah difirmankan ALLAH SWT dalam kitab suci al-Quran.

Baca juga Hibanya Nabi Musa tatkala bertemu Rasulullah SAW pada malam Israk dan Mikraj, ini sebabnya

Ibu Nabi Musa

Baca juga Kenali dua wirawati Muslimah zaman Rasulullah, rela bermandi darah demi Daulah Islamiyah

IKLAN

Wanita yang dimaksudkan itu adalah ibu kepada Nabi Musa AS.

Walaupun pernah disebutkan sebanyak dua kali dalam al-Quran, tetapi tidak dinyatakan secara khusus dalam kitab itu mahupun dalam mana-mana teks hadis mengenai nama sebenar ibu Nabi Musa AS.

Memetik portal bincangsyariah.com, para ulama berbeza pendapat tentang nama ibu Nabi Musa. Lantas, beliau digelar dengan beberapa nama seperti Yukabad, Mihyanah dan Yarikha.

Apa yang pasti, ibu Nabi Musa dilahir serta dibesarkan di Mesir. Beliau juga dikatakan seorang wanita memiliki nasab yang elok serta baik budi pekertinya.

Tulis portal berkenaan, Nabi Musa AS dilahirkan setelah ibunya berkahwin dengan Imran bin Qahat bin Lawi bin Yaakub AS.

Turut disyorkan Agungnya mukjizat Rasulullah SAW, pohon kurma menangis dengar khutbah Baginda

MENARIKNYA, ibu Nabi Musa AS disebutkan oleh ALLAH SWT sebanyak dua kali dalam kitab suci al-Quran. Foto: Unsplash

Baca juga Musa AS, Nabi yang paling banyak diceritakan dalam al-Quran

Ibu Musa AS disebutkan dalam al-Quran
Musa AS adalah nabi yang paling banyak dikisahkan dalam al-Quran. Bahkan nama baginda dipetik oleh kitab suci itu sebanyak 136 kali menceritakan pelbagai peringkat kehidupannya.

Bagi ibu Nabi Musa AS, beliau telah disebutkan oleh ALLAH sebanyak dua kali, iaitu dalam Surah Taha dan Surah al-Qasas.

IKLAN

Firman ALLAH, “Ketika KAMI ilhamkan kepada ibumu, dengan memberitahu kepadanya: “Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuh-KU dan musuhnya; dan AKU telah tanamkan dari kemurahan-KU perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasan-KU.

“Ketika saudara perempuanmu pergi mencarimu lalu berkata kepada orang-orang yang memungutmu:” Mahukah, aku tunjukkan kamu kepada orang yang boleh memeliharanya?” Maka dengan jalan itu KAMI mengembalikanmu kepada ibumu supaya tenang hatinya dan supaya ia tidak berdukacita kerana bercerai denganmu; dan semasa engkau membunuh seorang lelaki, lalu KAMI selamatkan engkau dari kesusahan pembunuhan itu; dan KAMI telah melepaskan engkau berkali-kali dari berbagai-bagai cubaan…” (Surah Taha, ayat 38 hingga 40)

Baca juga Semak semula kisah Hindun makan hati Hamzah RA, popular tetapi tidak sahih

Ibu Nabi Musa

KISAH Nabi Musa AS yang dihanyutkan dalam sebuah peti di Sungai Nil oleh ibunya diketahui ramai orang. Foto: Pexels

Baca juga Masjid Namirah, khutbah terakhir Nabi SAW kepada umatnya di sini

Manakala, ALLAH juga berfirman,

IKLAN

“Dan KAMI ilhamkan kepada ibu Musa:” Susukanlah dia; dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan KAMI akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul KAMI.

“Setelah itu dia dipungut oleh orang-orang Firaun; kesudahannya dia akan menjadi musuh dan menyebabkan dukacita bagi mereka; sesungguhnya Firaun dan Haman serta orang-orangnya adalah golongan yang bersalah; Dan (ketika melihat kanak-kanak itu) berkatalah isteri Firaun: “(Semoga ia menjadi) cahaya mata bagiku dan bagimu; janganlah kamu membunuhnya; mudah-mudahan ia berguna kepada kita, atau kita jadikan dia anak”. Padahal mereka tidak menyedari (kesudahannya).

“Dan (sepeninggalannya) menjadilah hati ibu Musa kosong; sesungguhnya ia nyaris-nyaris menyatakan perihal anaknya itu dengan berterus-terang jika tidaklah KAMI kuatkan hatinya (dengan perasaan sabar dan tenang tenteram), supaya tetaplah ia dari orang-orang yang percaya (akan janji Allah).” (Surah al-Qasas, ayat 7 hingga 10)

Baca juga Memuliakan ibu, akhlak sebenar Islam

ATAS kuasa takdir ALLAH SWT, Nabi Musa dikembalikan kepada ibunya sebagai anak susuan. Foto: Pexels

Baca juga Kisah masyhur Nabi SAW memberi makan kepada Yahudi buta adalah palsu, jangan sebar sembarangan

Tawakal kepada ALLAH SWT
Berdasarkan ayat tersebut, ALLAH telah menggambarkan bagaimana ibu Nabi Musa AS sangat sayang sekali kepada puteranya. Wanita itu begitu bimbang anaknya akan dibunuh oleh Firaun dan bala tentera.

Kisah ibu Nabi Musa itu memberikan pelajaran kepada kita tentang seorang ibu yang solehah. Walaupun gelisah dengan keselamatan anaknya, namun beliau tidak terlepas daripada menjalankan perintah ALLAH dan bertawakal kepada-NYA. Imannya sangat kuat kerana beliau yakin ALLAH pasti akan menepati janji-NYA dengan menjaga Nabi Musa AS.

Sumber: Bincang Syariah

Foto: Pexels & Unsplash

IKLAN
Al-Quranhari ibuibuislamNabi Musasirahtawakal
Previous

Kemuliaan yang diangkat oleh Islam melalui kerjaya perguruan

May 15, 2023
Next

Jangan sesekali sakiti ibu, ini 6 kehebatan doa seorang emak

May 16, 2023

Related posts

Kekacauan 13 September
Aqidah,

Benarkah akan berlaku ‘kekacauan’, ‘kesialan’ pada 13 September?

by Nurulfatiha MuahSeptember 13, 2023
Sidai pakaian waktu malam
Aqidah,

Betul ke tak boleh sidai pakaian waktu malam?

by Nurulfatiha MuahSeptember 12, 2023
kota al ula
Aqidah,

Elak kekeliruan, Al Ula bukan tempat dilaknat Nabi tetapi kota Saleh atau Mada’in Saleh

by Fatin Fatihah HussinSeptember 6, 2023
Kematian
Aqidah,

12 bekalan untuk dapatkan kematian yang baik

by Nurulfatiha MuahSeptember 6, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.