Siapa sangka syurga dan neraka mampu mendoakan kita…
PASTINYA ada banyak kisah tentang doa penuh keberkatan dan mustajab yang pernah kita dengar.
Antara yang biasa didengari adalah seperti kisah malaikat yang mendoakan orang yang berdoa untuk orang lain. Malah, ada juga diceritakan bahawa seluruh makhluk termasuk semut dan ikan di lautan mendoakan orang yang mengajar kebaikan kepada orang lain.
Mungkin ada sesetengah kisah tersebut kedengaran umpama cerita dongeng, tetapi semuanya bersumberkan hadis yang sahih.
Pun begitu, pernahkah anda mendengar tentang syurga dan neraka turut mampu berdoa kepada ALLAH SWT?
Baca juga 6 amalan membawa ke syurga. Mungkin anda pernah lakukan tanpa sedar
Turut disyorkan Fesyen pelik undang perhatian ramai akan dibakar api neraka
Seperti yang dikongsikan portal Tzkrh, syurga dan neraka juga sebenarnya boleh berdoa kepada ALLAH. Justeru, bagaimana caranya untuk didoakan dua makhluk TUHAN ini?
Dalam sebuah hadis diriwayatkan daripada Anas bin Malik, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang meminta kepada ALLAH syurga sebanyak tiga kali, maka syurga akan berkata, “Ya ALLAH, masukkanlah dia ke dalam syurga.” Dan siapa yang memohon perlindungan daripada neraka sebanyak tiga kali, maka neraka akan berkata, “Ya ALLAH, lindungilah dia dari neraka.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)
Baca juga Tiga tempat ini Rasulullah SAW akan menunggu kita pada hari akhirat nanti
Rupanya begitu mudah caranya untuk didoakan oleh syurga dan neraka iaitu dengan berdoa memohon kepada ALLAH agar dianugerahkan syurga serta dijauhkan daripada neraka.
Pada masa sama, Rasulullah SAW turut memberi peringatan kepada umat Islam agar meminta syurga yang terbaik tarafnya andai memohon untuk masuk ke dalamnya.
“…apabila kamu memohon kepada ALLAH, maka mohonlah Al-Firdaus, sesungguhnya syurga Firdaus itulah tempat yang terbaik dan tertinggi darjatnya. Di atas Firdaus terdapat Arasy ALLAH dan di situlah mengalirnya sungai-sungai syurga.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Turut disyorkan 5 cara ALLAH SWT menghapuskan dosa hamba-NYA. Cara yang kelima sangat sukar dilalui manusia, namun besar ganjaran menanti
Baca juga Lakukan amalan ini bersama, rahsia suami isteri bina ‘rumah’ di syurga
Barangkali ada suara kecil dalam sanubari berbisik bahawa kita tidak layak untuk meminta ke jannah lantaran dosanya yang menggunung dan suruhan ALLAH yang tidak diendahkan, apalagi dilakukan.
Namun, ingatlah selagi dunia masih ada dan kita juga sedang bernyawa, pintu taubat sentiasa terbuka dan ALLAH adalah sebaik-baik pengampun dosa.
Turut disyorkan Hati-hati pilih pemimpin, jangan sampai ke neraka bersamanya
Sedangkan makhluk ALLAH iaitu syurga dan neraka sendiri telah bersedia mendoakan kebaikan buat kita jika kita berdoa memintanya.
Maka, jangan mudah berputus asa memperbaiki diri dan memohon keampunan-NYA selagi nyawa belum terpisah daripada badan.
Sumber: Tzkrh
Foto: 123RF, Pexels & International Quran News Agency