Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Aqidah,

Nota ringkas peristiwa di padang mahsyar

by Fatin Fatihah HussinJanuary 11, 2023
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
GAMBAR PORTAL FB (29)
FIRMAN ALLAH SWT di dalam Surah al-Anaam: "Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya.

SELEPAS melalui alam kubur yang tidak diketahui tempoh dan saat lamanya berada di sana, tibalah masanya manusia dibangkitkan dan dikumpulkan di suatu tempat yang sangat luar biasa iaitu di Padang Mahsyar.

Pada saat tersebut, semua manusia bermula dari Nabi Adam AS sehinggalah kepada manusia terakhir umat Baginda Nabi SAW akan berkumpul untuk persediaan dihitung dan dinilai amalannya.

Firman ALLAH SWT maksudnya: “Kemudian sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat.” (Surah al-Mu’minun ayat 16)

Pegawai Pejabat Pendidikan Islam Daerah Tangkak, Ustaz Fuad Osman berkongsi di laman facebooknya mengenai nota ringkas peristiwa di padang Mahsyar.

1.Padang Mahsyar adalah tanah rata yang berwarna putih tanpa ada binaan yang menjadi suatu tanda atau alamat keberadaan (landmark).

2. Mulanya dengan dibangkitkan seluruh manusia dan jin dalam keadaan bertelanjang bulat, tidak bersunat dan dalam keadaan mabuk akhirat.

IKLAN

Padang Mahsyar / Mahsyar (Arab: محشر) dalam Islam adalah tanah berpasir putih yang sangat luas dan datar, dimana tidak terlihat dataran rendah maupun tinggi di akhirat. – Foto: Canva

3. Tempoh masa berada di padang Mahsyar adalah 50 ribu tahun sebelum tiba waktu hisab.

4. Ketika tiba waktu sidang penghakiman, semua makhluk bernyawa selain manusia dan jin iaitu haiwan di darat dan di laut juga akan dibangkitkan. Tujuannya adalah utnuk menerima penghakiman daripada ALLAH. Haiwan yang dizalimi akan membalas kepada penzalimnya dengan setimpal. Setelah itu mereka akan dilenyapkan selama-lamanya.

BACA JUGA Jaga diri elak berbuat jahat, berjuta saksi di Padang Mahsyar

5. Ada tiga jenis golongan ketika berada di padang Mahsyar.

i.Golongan yang berjalan dengan kaki.

ii.Golongan yang menaiki binatang tunggangan, ada satu tunggangan dinaiki satu penunggang, ada dua penunggang dan lebih sehingga sepuluh penunggang.

iii.Golongan yang berjalan menggunakan muka atau kepala.

IKLAN

6. Kedudukan matahari ketika itu sekadar sejengkal dari kepala. Ada yang mengatakan jaraknya sepanjang celak mata dan ada yang mengatakan sejauh satu batu. Mereka akan ditenggalami peluh berdasarkan amalan mereka.

DI Padang Mahsyar inilah semua makhluk Allah yang berada di tujuh lapis langit dan bumi termasuk malaikat, jin, manusia, binatang berkumpul dan berdesak-desakan. – Foto: Canva

7. Keadaan di padang Mahsyar sangat huru-hara. Semua akan lari dan mengelakkan diri dari orang yang dikenali. Sehingga dikatakan seorang ibu juga akan lari daripada anaknya.

8. Oleh kerana tidak tahan dengan keadaan huru hara ketika itu, mereka cuba mendapakan syafaat daripada setiap Nabi, bermula daripada Nabi Adam hinggalah akhirnya Nabi Muhammad SAW menawarkan diri dan bermohon kepada ALLAH SWT untuk ditamatkan Mahsyar dan dimulakan penghisaban.

IKLAN

BACA JUGA Bagaimana Arab Saudi menukar tanah tandus dan padang pasir menjadi hijau?

9. Sebelum sidang penghakiman dimulakan, neraka jahanam akan dibawa ke khalayak ramai dengan keadaan dirantai. Neraka muncul dalam keadaan terlalu marah dan ingin melepaskan diri dari rantai tali. Setiap rantai akan dipegang oleh tujuh puluh ribu malaikat.

10. Setelah itu akan muncul bersusun-susun batalion malaikat sebelum ketibaan ALLAH.

11. Bulan dan matahari dibawa ke hadapan manusia dan kemudian dicampakkan ke neraka.
12. Setelah itu buku-buku catatan akan berterbangan mencari pemiliknya.

13. Akhirnya barulah pengisytiharan bermulanya hari penghisaban.

14. Setelah berakhirnya hitungan amalan dan dosa maka bermulalah perjalanan di titian sirat.

Ikuti kami di Tiktok, Instagram, Facebook, Twitter dan Youtube Sinar Islam Plus

IKLAN
Previous

Samakah memberus gigi dan bersiwak?

January 11, 2023
Next

SEDEKAH bukan hanya berbentuk wang ringgit, bahkan termasuk juga amal kebaikan

January 11, 2023

Related posts

Syaitan
Aqidah,

ENAM cara syaitan sesatkan manusia

by Nurulfatiha MuahJanuary 17, 2023
GAMBAR PORTAL FB (45)
Aqidah,

Telinga berdengung tanda Rasulullah rindu, benarkah begitu?

by Fatin Fatihah HussinJanuary 13, 2023
Tempat istimewa di sisi ALLAH
Aqidah,

LIMA ciri insan yang dapat tempat istimewa di sisi ALLAH

by Nurulfatiha MuahJanuary 13, 2023
GAMBAR PORTAL FB (35)
Aqidah,

Mandi bunga percepat jodoh. Khurafat yang menjerumuskan ke lembah syirik!

by Fatin Fatihah HussinJanuary 11, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.