Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Aqidah,

Mandi bunga percepat jodoh. Khurafat yang menjerumuskan ke lembah syirik!

by Fatin Fatihah HussinJanuary 11, 2023
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
GAMBAR PORTAL FB (35)
MANDI bunga untuk kesihatan dibolehkan kerana bunga mempunyai aroma dan wangian yang memberi kesan positif kepada diri.

Mandi bunga percepat jodoh. Khurafat yang menjerumuskan ke lembah syirik!

“Jika sekadar bertujuan mewangikan diri, menaikkan seri wajah, sebagai ikhtiar untuk kesihatan badan, kesegaran, memulihkan semangat dan menaikkan aura semata-mata, hukumnya adalah dibolehkan,” – Mufti Wilayah.

SALAH satu amalan orang Melayu adalah mandian bunga yang kekal sehingga ke hari ini. Ia juga dianggap sebagai salah satu terapi dan perubatan tradisional kerana ia menggunakan sumber alam seperti tumbuh-tumbuhan dan akar-akar kayu.

Antara sebab mandi bunga ini diamalkan adalah untuk kesegaran tubuh badan, mengharumkan diri sekali gus menambahkan keyakinan dalam diri seseorang itu.

IKLAN

Biasanya, kaum Hawa yang mengamalkan mandi bunga ini. Lagi-lagi menjelang hari perkahwinan, ia dikatakan menambahkan seri wajah pengantin.

Jika dilihat dari segi amalan orang Melayu yang menggunakan mandian bunga ini atas tujuan untuk mewangikan diri dan menaikkan seri wajah, maka hukumnya adalah dibolehkan.

JIKA tujuannya untuk menaikkan seri, kesihatan, ceria dan cergas maka tiada masalah dan tidak dihalang oleh syarak. 

Menurut pandangan daripada Mufti Wilayah, jika ia dijadikan sebagai salah satu ikhtiar untuk kesihatan badan, kesegaran atau memulihkan semangat dan menaikkan aura semata-mata, maka tidak mengapa.

Tetapi, jika mandian tersebut disertai dengan unsur syirik atau khurafat, contohnya untuk membuang sial atau mempercepatkan jodoh, maka hukumnya adalah haram. Bahkan, ia termasuk dalam dosa besar dan perkara yang perlu dijauhi.

Jadi betulkan niat jika ingin melakukan sesuatu perkara. Jika tujuannya untuk membantu mendatangkan aura positif kepada diri sendiri, dibolehkan. Namun, jika untuk mempercepat jodoh atau menghalau sial, ia adalah berdosa.

Apa tujuan mandi bunga?

IKLAN

Menerusi rakaman Tanyalah Ustaz oleh pendakwah, Ustaz Mustafar Mohd Suki satu persoalan telah diutarakan kepadanya, adakah boleh mandi bunga bagi mempercepatkan jodoh untuk anak perempuan?

Menurut beliau, jika tujuannya untuk menaikkan seri, kesihatan, ceria dan cergas maka tiada masalah dan tidak dihalang oleh syarak.

DALAM Islam, hukum mandi bunga adalah harus sekiranya ia dilakukan oleh orang yang mahir dalam bidangnya dan perbuatan itu tidak bertentangan dengan syariat. 

IKLAN

“Akan tetapi jika seseorang itu tiada jodoh dan dia perlu mandi bunga. Seolah-olah dengan mandi bunga dia dapat jodoh.

“Benda ini sebenarnya akan menjadi isu kerana jodoh, rezeki dan pertemuan semuanya aturan ALLAH SWT. Apa yang boleh kita lakukan adalah berusaha dengan doa dan jangan dikaitkan dengan mandi bunga supaya cepat mendapat jodoh.

“Kerana ia termasuk dalam perkara ghaib yang mesti berdalil kepada al-Quran dan sunah dan itulah asas kaedahnya.

“Dan harus diingat juga terutama kepada masyarakat, janganlah menghukum dan suka bertanya soalan sensitif contohnya, bila nak kahwin atau bila nak dapat anak. Doakanlah yang baik-baik sesungguhnya ALLAH merancang segala sesuatu itu pasti ada sebab-sebabnya.

“Kaitkan apa sahaja doa dengan niat kerana ALLAH pasti akan DIA permudahkan dan bukan untuk urusan dunia semata,” katanya.

Ikuti kami di Tiktok, Instagram, Facebook, Twitter dan Youtube Sinar Islam Plus

IKLAN
Previous

Suka bercakap tentang orang lain? Hati-hatilah dengan perbuatan ini

January 11, 2023
Next

Sedar rambut terkeluar selepas solat. Perlu ulangi atau tidak?

January 12, 2023

Related posts

Syaitan
Aqidah,

ENAM cara syaitan sesatkan manusia

by Nurulfatiha MuahJanuary 17, 2023
GAMBAR PORTAL FB (45)
Aqidah,

Telinga berdengung tanda Rasulullah rindu, benarkah begitu?

by Fatin Fatihah HussinJanuary 13, 2023
Tempat istimewa di sisi ALLAH
Aqidah,

LIMA ciri insan yang dapat tempat istimewa di sisi ALLAH

by Nurulfatiha MuahJanuary 13, 2023
GAMBAR PORTAL FB (29)
Aqidah,

Nota ringkas peristiwa di padang mahsyar

by Fatin Fatihah HussinJanuary 11, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.