Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Agama,

Ini maksud sebenar hadis tentang wanita pelacur beri anjing dahaga minum…

by Nurulfatiha MuahJanuary 23, 2021
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
stormseeker-vuF3TotPDQk-unsplash

KITA sebenarnya tidak layak untuk menilai, apatah lagi menghukum orang lain sewenang-wenangnya.

Walaupun kesalahan dan dosa jelas terzahir pada individu berkenaan, cukuplah sekadar kita menegur kesilapannya. Pada masa sama, nasihatkan orang itu agar bertaubat dan tidak mengulangi lagi perbuatan sama.

Demikian yang perlu kita lakukan andai melihat orang lagi berbuat maksiat. Begitupun, jika perlakuan inidvidu itu memudaratkan, laporkanlah kepada pihak berkuasa supaya tindakan boleh diambil.

Sekalipun orang itu sudah ditahan atau dimasukkan penjara, bukan menjadi hak kita untuk mengeji, apatah lagi melabelkan mereka atas hukuman yang dikenakan.

Barangkali individu berkenaan hina pada mata kita, tetapi tidak di sisi ALLAH SWT kerana barangkali taubatnya telah diterima dan amalan solehnya.

IKLAN

Berbicara tentang perkara ini, acap kali kita mendengar kisah seorang pelacur yang memberi minuman kepada seekor anjing yang hampir mati kerana dahaga. Disebabkan perbuatan itu, ALLAH SWT mengampunkan dosa wanita tadi.

Malah, ada sebilangan orang yang menganggap ungkapan itu seolah-olah ‘merestui’ seseorang untuk melacur asalkan dirinya mempunyai sifat ihsan.

Memperbetulkan tanggapan silap itu, pendakwah Ustaz Muhammad Fahmi Rusli mengajak umat Islam untuk memahami makna hadis masyhur riwayat Sahih Muslim.

“Perbuatan melacur atau berzina itu begitu dibenci apalagi dikeji. Namun, perbuatan baik (ihsan) yang dilakukan terhadap semua jenis haiwan pula adalah dipuji dan amalan mulia.

Hadis pelacur beri anjing minum“Sesungguhnya, sifat ihsan datang dari hati yang penyayang,” ungkapnya sebagaimana dipetik menerusi ciapan beliau menerusi akaun Twitter miliknya baru-baru ini.

IKLAN

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: “Orang-orang yang penyayang akan dikasihi oleh ALLAH ar-Rahman (yang MAHA PENYAYANG). Kasihilah kamu kepada mereka yang berada di atas muka bumi, nescaya ALLAH yang di atas langit akan mengasihi kamu.” (Riwayat Abu Daud)

Berdasarkan hadis, perbuatan wanita menyantuni haiwan pada zaman Bani Israel tadi, kata Ustaz Muhammad Fahmi, ia secara jelas menunjukkan bahawa ALLAH SWT benci dengan perbuatan yang menjadi larangan-NYA.

“Sementelah, perlakuan yang disuruh oleh-NYA itulah perbuatan yang disukai-NYA.

“Meskipun orang yang melakukan perbuatan yang dilarang dan perbuatan yang disuruh oleh ALLAH itu ialah orang yang sama, tetapi atas ihsan pelacur itu kepada makhluk iaitu yang terlahir daripada sifat penyayang dalam jantung hatinya, maka ALLAH SWT ampunkan wanita ini.

Hadis pelacur beri anjing minum

IKLAN

“Inilah yang mengajar kita. ALLAH SWT mengampunkan semua dosa melainkan (seseorang hamba itu) mati dalam kesyirikan,” katanya yang juga Pegawai Hal Ehwal Islam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Justeru, beliau mengajak umat agar merebut peluang dalam sisa hidup yang masih ada, kembali kepada ALLAH SWT.

Sesungguhnya, tiada apa yang menggembirakan hati umat Islam selain mendapat pengampunan-NYA.

Itu sahajalah bekal ampuh untuk melayakkan kita ke syurga abadi milik ALLAH SWT.

Sumber: Twitter @fahmirusliMFR

Foto: Unsplash 

IKLAN
berita-semasaHadis wanita pelacur beri anjing minumlifestylesinarhariansinarislamplus
Previous

[VIDEO] Kaedah yang betul lupuskan sejadah lama…

January 22, 2021
Next

2 masalah berkaitan air yang sering berlaku yang wajib kita ambil tahu…

January 24, 2021

Related posts

Agama,

5 ciri mukmin berjaya menurut Islam, berikut perinciannya

by Nurizan Abu KassanMay 10, 2022
Agama, Soal Jawab Agama,

Tunaikan solat duha akan diberi ganjaran emas? Berikut penjelasannya

by Muhd Azman Mohd NawiOctober 22, 2021
Agama, Panduan,

Baca Surah al-Kafirun sebelum tidur untuk bebaskan diri daripada kemusyrikan – Pendakwah

by Lynn MazlinaOctober 15, 2021
Agama, Panduan,

Nota penting di sebalik Surah al-Kafirun. Selain ditakuti iblis, ini fadilat lain yang perlu kita ketahui

by Lynn MazlinaOctober 15, 2021

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.