Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Sinar Harian

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Sinar Harian

Ketahui 4 perkara yang patut dielakkan ketika berniaga menurut Islam

by AzliyanaApril 12, 2022
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter

KEBELAKANGAN ini media sosial menjadi saksi orang ramai meluahkan rasa kecewa membeli makanan di bazar Ramadan.

Rata-rata di antara mereka kecewa kerana sikap para peniaga yang hanya memikirkan untung semata-mata tanpa memikirkan nasib pembeli.

Kebanyakan mereka berhadapan dengan situasi ‘indah khabar dari rupa’.

Tindakan peniaga menipu para pelanggan adalah satu perlakuan yang keji. Walhal, Islam amat mementingkan umatnya mencari rezeki yang halal untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Buat para peniaga ketahui empat perkara yang patut dielakkan ketika berniaga:

1. Jangan mengurangkan sukatan atau timbangan

Tindakan peniaga ‘curang’ dalam perniagaan terutamanya tidak memberikan hak yang sepatutnya kepada pembeli adalah satu perbuatan yang dibenci oleh ALLAH dan berdosa bagi seseorang yang sengaja mengurangkan timbangan.

Perkara ini ada disebut di dalam Surah al-Mutaffifiin ayat 1 hingga 3 yang bermaksud:

“Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang dalam timbangan dan sukatan. Iaitu mereka yang menerima sukatan (gantang/cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup. Dan sebaliknya apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka menguranginya.”

2. Jangan berbohong dalam urusan perniagaan

Situasi ini sering berlaku kepada pembeli dimana para peniaga menawarkan sesuatu yang sebenarnya tidak ada semata-mata untuk menarik perhatian pembeli.

Baca juga: Henti Bungkus Makanan Guna Paku, Dawai Kokot, Peniaga Ingkar Boleh Didenda RM10,000, Penjara 2 Tahun-KKM

Isu ini sering dilihat apabila para peniaga menggunakan kaedah pengiklanan dengan mempamerkan rupa jualan yang menakjubkan. Walhal, gambar iklan dan jualan sebenar jauh berbeza.

Ia merupakan penipuan dalam mempromosikan perniagaan yang sepatutnya tidak diamalkan oleh peniaga muslim.

3. Jauhi pertengkaran dengan pelanggan

Bagi seorang peniaga muslim, perkara ini perlu dijauhi kerana ia boleh menyebabkan berlakunya salah faham yang berterusan.

Sekiranya terdapat masalah yang timbul di antara pembeli dan penjual, seelok-eloknya selesaikan permasalahan tersebut dengan berbincang secara baik dan mendapatkan kata putus yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

4. Jangan membelakangkan perintah agama seperti solat, aurat dan zakat

Sekiranya seseorang peniaga itu tidak menunaikan solat disebabkan oleh kesibukan menguruskan perniagaan ia merupakan satu perbuatan yang dibenci ALLAH.

Ketahuilah, rezeki itu datangnya daripada ALLAH maka zahirkan rasa syukur dengan menunaikan solat fardhu.

Bagi seseorang yang mampu menunaikan solat, zakat serta bersedekah maka pekerjaan yang sedang dilakukan itu diibaratkan sebagai satu ibadah.

Oleh yang demikian, para peniaga hendaklah berpegang kepada cara menjalankan perniagaan mengikut ajaran Islam.

Sekiranya peniaga itu jujur dalam perniagaan serta meninggalkan segala larangan ALLAH maka akan beroleh keberkatan serta rezeki yang halal.

Sumber: Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei Darussalam 

Foto: Pexels

The post Ketahui 4 perkara yang patut dielakkan ketika berniaga menurut Islam appeared first on Sinar Plus.

Previous

Rugi tinggalkan solat sunat Isyak kerana ia lebih afdal dari solat tarawih.

April 12, 2022
Next

Ramadan dijangka datang 2 kali pada tahun 2030

April 13, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.